5 Hotel Best di Kuching

Jika anda bercadang untuk bercuti ke Kuching, Sarawak, pasti anda akan tertanya tanya hotel manakah yang sesuai untuk diduduki sepanjang tempoh anda berada di situ? Anda mesti mahukan tempat persinggahan yang mudah dituju, dekat dengan tempat tempat menarik, serta tidak jauh dari kemudahan pengangkutan dan juga fasiliti lain.

Berikut adalah antara 5 hotel terbaik di Kuching yang boleh dicadangkan.

Hotel hotel yang disenaraikan di bawah semuanya terletak di bandaraya Kuching. Masih ada lagi hotel lain yang mungkin lebih menyeronokkan seperti di Santubong (seperti Permai Rainforest dan Holiday Inn Lagoon), tetapi memandangkan kedudukan mereka yang jauh (kira kira 1 jam perjalanan dari bandar Kuching), hotel hotel tersebut tidak dimasukkan ke sini.

1. Hilton hilton-kuching

Hotel Hilton Kuching yang bertaraf lima bintang terletak betul betul bersebelahan dengan Kuching Waterfront yang terkenal. Jadi, tidak menjadi masalah untuk anda mengunjungi tempat tempat menarik seperti India Street, Pasar Gambir dan juga menaiki River Cruise. Apabila musim cuti, Hilton menjadi tumpuan bukan sahaja oleh pengunjung dalam negeri, bahkan juga mereka yang datang dari luar negeri. Jika mahu membuat tempahan, seboleh bolehnya ambil bilik yang tingkapnya menghadap ke arah Riverside.

2. Holiday Inn
holiday-inn-kuching
Holiday Inn terletak betul betul bersebelahan dengan Sungai Sarawak (yang bersambung dengan Kuching Waterfront). Jangan lupa untuk menaiki sampan untuk ke kampung Boyan di seberang sungai dengan harga yang begitu murah (kurang RM1) untuk mengunjungi kafe Baruk Village (kalau hujung minggu digalakkan datang awal kerana sentiasa penuh) dan juga membeli Kek Lapis Dayang Salhah. Seperti Hilton, buat tempahan untuk bilik yang menghadap ke Sungai Sarawak.

3. Crown Plaza Riverside
crown-plaza-kuching
Crown Plaza bersambung dengan kompleks membeli belah yang menempatkan Parkson, Giant, The Times (kedai buku) dan sebagainya di samping dekat dengan 7 Eleven (Sebenarnya, Crown Plaza, Holiday Inn dan Hilton terletak begitu dekat antara satu sama lain). Dari segi layanan, berkemungkinan Crown Plaza Riverside adalah yang terbaik (bergantung juga pada nasib). Sarapan paginya pun boleh tahan.

4. Merdeka Palacemerdeka-palace-kuching

Bertaraf lima bintang, cuma Merdeka Palace terletak agak jauh dari Kuching Waterfront. Walaubagaimanapun, Merdeka Palace dekat dengan beberapa muzium seperti Muzium Neger, Muzium Rama Rama ,Taman Budaya serta Pasar Gambir dan India Street. Hotel ini juga tidak berapa jauh dengan Pasar Satok, sebuah pasar yang terkenal (hanya pada hari Sabtu dan Ahad). Jika anda berkunjung di hujung minggu, pastikan anda tidak terlepas peluang untuk mengunjungi Pasar Satok.

5. Harbour Viewharbour-view-kuching

Harbour View adalah hotel bertaraf 3 bintang sahaja, tetapi masih popular kerana kedudukannya yang strategik (dekat dengan Waterfront) serta makanan (seperti Molly’s Place di belakang hotel) dan juga panggu wayang (di seberang jalan). Jadi bagi mereka yang mempunyai budget sederhana boleh memilih Harbour View yang masih mampu memberikan kepuasan kepada anda untuk terus menerokai bandar Kuching.

~ oleh noorizzuan di Jun 18, 2009.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: