Pasar Serikin.. Jom ah Pegi.. Semua Murah..

pasarserikin4
"pasarserikin";
pasarserikin2<
Bagi yang bercadang ke Kuching, Sarawak, jangan lupa dengan nama Pasar Serikin. Serikin terletak di sempadan Sarawak-Kalimantan dan jarak perjalanan dari bandar Kuching memakan masa dari 1 jam -1 jam setengah. Kata orang, rugi kalau tak ke Pasar Serikin, kerana barang barang dari Sarawak dan Indonesia boleh didapati dengan murah di sini. Contohnya, kain pua kumbu Sarawak, batik sarong, tikar sarawak, barangan kristal dan mutiara, kain sembahyang, beg dan barangan kulit dan banyak lagi.

pasarserikin6
Kebanyakan peniaga di sini datangnya sama ada dari Indonesia ataupun Kuching. Menurut beberapa rakan yang tinggal di sini, peniaga dari Indonesia ini kebanyakannya dari suku kaum Madura, satu kaum yang suka, dan pandai berniaga di sini. Mereka juga kaum yang berkerja kuat. Kalau di Malaysia boleh lah disamakan dengan kaum Cina.

Bak kata kata nasihat orang orang tua (yang agak cliche), bila kita nak membeli belah di negara orang, kenalah pandai sedikit bertutur dalam bahasa Indonesia atau Sarawak. Ini untuk mengelakkan kita dari ditipu dan diberikan harga tinggi oleh penjual di sini. Kalau tak reti pun bawalah seseorang yang pandai bercakap bahasa tempatan. Atau pun bawa orang yang dah selalu datang Serikin ni, macam kami (ehem.. ehem..). Bukannya apa, bandar Kuching tak sebesar mana, jadi bila dah lama lama duduk alih alih ke Serikin jugak jadinya. Kadang kadang tu Serikin pergi saja nak cuci mata. Sesetengah tokei kedai tu dah kenal kita so bila dah sampai sana mesti ajak masuk untuk tengok produk terbarunya.
pasarserikin5

Masa duduk KL dulu banyak pilihan untuk shopping. Minggu ni boleh ke MidValley. Minggu depan KLCC. Lepas tu ada Leisure Mall di Cheras. Ada IOI Mall di Puchong. Ada Berjaya, Sungei Wang, BB, Imbi dan Low Yatt di Bukit Bintang. Ada One Utama dan IKEA (menarik!) di Damansara. Paling tidak pun ke Endah Parade di Sri Petaling.

Kalau di semenanjung, boleh la disamakan dengan Bukit Kayu Hitam, Wang Kelian, Padang Besar, Rantau Panjang ataupun Langkawi. Tetapi walaupun konsep kedai yang sama, barang yang dijual adalah unik dan tak sama kalau nak dibandingkan dengan semenanjung. Kenapa? Tak percaya? Datang dulu baru percaya.

Pasar Serikin dibuka pada hujung minggu sahaja, iaitu Sabtu dan Ahad, dari pukul 7am (lebih kurang, ada yang buka lagi awal!) hingga 2 petang. Walaupun Pasar Serikin ini terletak jauh dari bandar, dan masih banyak pokok2 yang tak ditebang, sebenarnya kawasan Serikin ini panas. Memang panas. Sebab itu digalakkan untuk datang awal pagi supaya cuaca panas tak mencekik anda bila jarum jam mencecah 11 pagi dan ke atas.

Kalau boleh sampai dalam pukul 7.30 pagi atau pukul 8 lagi bagus. Lagipun waktu ini orang tak berapa ramai, jadi jalan pun tak terlalu sesak. Sedikit amaran; jika waktu cuti sekolah atau cuti cuti umum, pasar Serikin akan sesak dan penuh dengan umat manusia. Lagi satu, seelok eloknya, kunjungilah jamban sebelum ke Serikin ini, kerana kemudahan tandas di sini agak terhad. Tandas yang ada seringkali dikunjungi, anda mungkin terpaksa beratur selama 10-15 minit sebelum mendapat giliran untuk melepaskan hajat. Dan seboleh bolehnya bawalah sedikit bekalan makanan untuk mengisi perut yang lapar. Maklumlah, perjalanan dari bandar Kuching agak jauh.

Anda juga boleh berhenti di pekan Bau (sebut Baok) untuk mengisi minyak, buang minyak ataupun untuk makan. Pekan Bau terletak dalam perjalanan ke Serikin dan jaraknya kira kira 1/2 jama dari Serikin. Kedai makanan orang Islam di Bau agak banyak pilihannya jadi tak ada masalah. Kalau ada masa lebih tu, anda juga boleh melawat Gua Angin yang terletak kira kira 5 kilometer sahaja dari pekan Bau. Itupun kalau anda masih belum penat berjalan kaki dan memborong barang di Pasar Serikin.

~ oleh noorizzuan di Jun 18, 2009.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: